Monday 24 October 2011

YANG MISKIN TEGAR AKAN TERUS KEKAL MISKIN PAPA KEDANA!!!!


Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.


PANDANGAN OMAK:-

MEMBUKTIKAN BETAPA ZALIM DAN KEJAMNYA... WANG PERUNTUKKAN UNTUK WARGA MISKIN TEGAR PUN SANGGUP MEREKA SAPU DAN KEBAS....BUKAN SIMISKIN ROMPAK SIKAYA TETAPI SIKAYA SAMUN SIMISKIN PAPA KEDANA...SELAGI UMNO MEMERINTAH NEGARA INI BEGITULAH JADINYA....YANG PASTI BUKAN GOLONGAN MISKIN YANG DAPAT MENINGKAT PENDAPATANNYA TETAPI GOLONGAN SANG PENGUASA YANG MENJADI LEBIH KAYA....PERALATAN UNTUK MENGAJAR TUKANG URUT BAGI IBU BERSALIN PUN MEREKA LIBAS.....MENYAMUN TAK KIRA MASA DAN ALASAN....DALAM CERITA ALI BABA BUJANG LAPOK ARAHAN ALLAHYARHAM SENIMAN TAN SRI P.RAMLEE...PENYAMUN PUN MENYAMUN ADA WAKTU CUTI DAN REHAT...SEMINGGU HANYA MENYAMUN LIMA SETENGAH HARI... CUTI AM TIDAK MENYAMUN...INI SUDAH JADI PERANGAI MACAM KASSIM BABA.. TAYAR BURUK PUN DIA KEBAS...RAKYAT AMAT BENCIKAN UMNO... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...