Monday 31 October 2011

UPAH MENGECAT PINTU SEKOLAH YANG PALING MAHAL DIDUNIA TERDAPAT DIMALAYSIA!!!



Bayaran RM20,000 untuk cat pintu yang patut diganti
Pelajar di beberapa sekolah agama di Sabah terpaksa tidur berkongsi katil dengan tilam yang koyak dan mandi di pili yang terletak di luar bangunan asrama, walaupun kerajaan negeri memperuntukkan jutaan ringgit untuk kerja-kerja menaiktaraf sekolah berkenaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, sejumlah RM1.7 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja naiktaraf di lima buah sekolah berasrama penuh. Namun tinjauan mendapati sama ada kerja-kerja yang dilakukan itu tidak memuaskan atau belum dimulakan meskipun bayaran telah dibuat sepenuhnya.

"Kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut spesifikasi mestilah disenaraihitamkan dan bayaran tidak sepatutnya dibuat sebelum kerja dilakukan," petik laporan itu.

Laporan audit itu juga mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka yang didapati cuai atau terlibat dalam unsur-unsur rasuah.

Di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Tambunan, RM1.35 juta dibayar sepanjang tempoh 2009 hingga 2010 tetapi tidak ada apa-apa kerja menaik taraf yang pernah dilakukan.

Perkara yang sama berlaku di SMAN Pantai Manis di mana kontraktor yang dilantik secara terus,  Milure Solution dibayar antara RM2,000 hingga RM24,000 bagi setiap kerja dilakukan yang bagaimanapun tidak pernah dilakukannya ataupun dibiarkan tanpa siap.

Syarikat Pembinanan Umum Kasariah pula, yang antara lain, dilantik melalui rundingan terus, dibayar RM20,000 untuk semata-mata mengecat semula sebuah pintu lama yang sepatutnya digantikan oleh syarikat berkenaan.

Sejumlah RM15,000 lagi dibayar kepada syarikat yang sama untuk membekalkan besen tangan, tetapi sinki besen itu tidak dapat dikesan.

Di SMAN Menipir, yang merupakan antara satu daripada 13 buah sekolah yang dikunjungi untuk diaudit, pihak audit mendapati kerajaan negeri membayar harga RM6,600, atau 340 peratus lebih tinggi daripada yang sepatutnya bagi membeli 60 kerusi plastik. Malah kerusi yang dibekalkan itu juga bukan daripada jenama yang telah dijanjikan kepada mereka.

Semua 13 sekolah yang dilawati itu juga didapati mempunyai pelbagai masalah. Antaranya  menghadapi ancaman tanah runtuh kerana tembok rintangan yang sepatutnya dibina tidak menjadi kenyataan.

PANDANGAN OMAK:-

PUNYALAH PENUNTUT SEKOLAH AGAMA DIHINA SEBEGITU RUPA OLEH UMNO....TIDUR BERKONGSI KATIL DENGAN TILAM KOYAK RABAK DAN HAPAK!!!....MANA PERGI LESAPNYA JUTAAN RINGGIT YANG DIPERUNTUKKAN????....BETUL-BETUL TAK BERGUNA!!!!!!!!!.....RAKYAT BENCI UMNO/BN...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...