Friday 28 October 2011

SIAPA RAPAT DIA DAPAT!!



Kenneth Eswaran ‘nadi’ stesen TV kabel terbaru, dijangka operasi awal 2012

October 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Ahli perniagaan Datuk K.K. Eswaran, yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan individu di sebalik usaha terbaru perkhidmatan televisyen kabel kendalian Nilamas Corporation Sdn Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada separuh pertama tahun depan, demikian menurut sumber-sumber industri.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa syarikat itu, yang dijangka membelanjakan RM2 bilion akan mencabar Astro, penyedia perkhidmatan televisyen satelit, untuk mendapatkan bahagiannya dalam pasaran tempatan.
Syarikat itu akan dikenali sebagai Asian Broadcasting Network Sdn Bhd dan jenama baru ini bakal dilancarkan bulan depan.
“Datuk Kenneth Eswaran (gambar) merupakan orang di belakang usaha ini dan hubungan beliau dengan keluarga pertama telah membolehkannya memperoleh kelulusan awal lesen yang diperlukan,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.
Mereka yang rapat dengan usaha ini mengesahkan kepentingan Eswaran dengan menekankan Nilamas berkongsi dua pengarah yang rapat syarikat utama dengan ahli perniagaan ini, Pinehill Pacific Berhad. Dua individu itu ialah bekas pegawai kanan perkhidmatan awam Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar.
“Eswaran ada hubungan politik. (Jadi) tidak menghairankan beliau mendapat kelulusan (lesen) dengan segera, dan kini beliau kena melancarkannya,” kata satu lagi sumber industri yang turut berkongsi bahawa pelancaran nama jenama baru akan disempurnakan bulan depan.
Eswaran merupakan timbalan pengerusi eksekutif Pinehill Pacific dan memiliki pegangan saham dalam jumlah terbanyak.
Syarikat itu telah melalui beberapa perubahan nama sejak nama asal Benta Plantations, yang ditukar kepada Best World Land Bhd pada 1995, setahun selepas Eswaran menyertainya dan kemudian sebagai Multi Vest Resources Bhd pada 2000. Ia menggunakan nama semasa sejak Januari lalu.
Beliau dipilih sebagai Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia pada Jun 2008 dan dikaitkan dengan keluarga Najib oleh pemblog popular Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan portal Malaysia-Today.
Minggu lalu, The Star melaporkan bahawa Nilamas telah memperoleh lesen untuk menawarkan televisyen kabel digital di negara ini dan akan bersaing dengan Astro dan beberapa penyedia IPTV termasuk Telekom Malaysia Bhd.
Kos penydiaan rangkaian kabel dijangka melebihi RM2 bilion merangkumi satu tempoh selama lima tahun dan Nilamas, menurut sumber menyasarkan kombinasi ekuiti-pinjaman pada nisbah 40:60 untuk membiayai usaha terbarunya.
Bekas ketua tentera laut dan bekas panglima angkatan tentera Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor merupakan salah seorang pengarahnya, yang telah melabur dalam penyediaan sebuah bangunan di Puchong sebagai pusat penyiaran.
Akhbar itu berkata stesen baru ini mahu menawarkan program hiburan dan pendidikan bercirikan interaktif.
Nilamas memperoleh lesen, yang membolehkannya mengenakan fi langganan, daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 11 Ogos lalu.
Lesen itu sah selama lima tahun.
Syarikat itu sudah mula mengambil kakitangan dan kini mempunyai seorang ketua pegawai eksekutif - veteran industri televisyen Sreedhar Subramaniam yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan NTV7 dan ketua eksekutif The Malaysian Insider..

PANDANGAN OMAK:-
ASTRO ANANDA KHRISNAN RAPAT DENGAN TUN MAHATHIR...KINI GILIRAN SEORANG LELAKI BANI INDIA DAPAT LESEN KERANA RAPAT DENGAN PM...DIMANA SLOGAN HIDUP MELAYU?????? MANA JANJI PERJUANGKAN "KETUANAN MELAYU"??????......SEPATUTNYA YANG DAPAT LESEN INI PERKASA ATAU PEKIDA ATAU PALING KOKAK PUN KIMMA...NAJIB MEMBERI KEUTAMAAN KAPADA  RAKAN YANG BIJAK CARI TOK BOMOH.....KETUANAN MELAYU DAN HIDUP MELAYU, SEMUA ITU HANYALAH RETORIK KOSONG SAJA...YANG PASTI SIAPA RAPAT DENGAN PEMIMPIN UMNO MAKA DIALAH YANG DAPAT...RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD...PR GANTI UMNO...

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...