Thursday 27 October 2011

PERKASA TIDAK LAMA LAGI AKAN MAMPOS!!!!





Omak dah nampak dengan jelas perkataan yang tertulis didinding  yang PERKASA yang dibangunkan dua tahun yang lalu tidak mampu untuk menghidu oksijen untuk paling lama dua tahun lagi dari sekarang. Talian hayatnya sudah makin menipis.

Sesuatu serangan bertali arus dan bertubi-tubi serta ejekan yang menjijikan kepada warga  bukan Melayu dikira gagal untuk  mempengaruhi bangsa Melayu/Bumiputera sendiri, PERKASA dibentuk atas platform peristiwa kecundangnya UMNO pada PRU 12 yang lalu serta peristiwa pembakaran beberapa buah geraja yang mengemparkan negaraPERKASA dilihat ketandusan idea dan dinamika serta visi untuk menterjemahkannya sebagai misi organisasi. 
Seperti lazimnya, gelagat dan telatah Ibrahim Ali, akan terus menyalahkan semua orang, termasuk orang Melayu kapada kemelut terbaru yang beliau hadapi. Pada mesyuarat tahunan kedua PERKASA yang diadakan pada hari Deepavali, Ibrahim Ali ingin membawa orang Melayu kepada "tugas dan tanggung jawab" untuk terus meningkatkan  melawan gejala 'Kristenisasi' hingga  keperingkat nasional
"Walaupun lewat pada pukul 4 petang, terdapat kurang daripada 10,000 orang. Saya malu sebagai seorang Melayu dan seorang Islam. Di manakah orang Melayu kita? "Ibrahim Ali berkata dalam ucapan penggulungannya.
Sebagai pemerhati politik ,Omak melihat  Ibrahim Ali gagal untuk menunding kapada dirinya sendiri atas dan menyalahkankan imejnya sebagai sebahgian alasan dan kesalahan besar mengapa Himupunan Sejuta Umat gagal memikat warga Melayu/Islam sama-sama untuk menari sama rentak yang beliau palukan. Ibrahim Ali gagal untuk merasai denyutan nadi rakyat kebanyakkan.. Tiupan nada rasis sudah tidak lagi laku kini.
Dengan sokongan padu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memberi suatu aura penghormatan yang diidamkan. PERKASA, mula hidup dengan ledakan  yang disebabkan oleh sesuatu yang baru serta sokongan dan dokongan dari PEMUDA UMNO, sayap kanan UMNOTetapi kebergantungan ke atas tiupan rasis secara berpanjangan dengan menghentam kaum dan agama lain adalah pengamit kapada kehancuran PERKASA sendiri.
Dua tahun telah hampir berlalu dan PERKASA, belum lagi dilihat benar-benar berjuang untuk kebaikan bangsa Melayu dan Agama Islam. Ini adalah disebabkan oleh sikap PERKASA /IBRAHIM ALI yang  tunduk kapada budaya  politik UMNO dan akhirnya slogan memperjuangkan "KETUANAN MELAYU" dianggap gagal dan berakhir menjadi slogan omong-omong kosong sehinggakan warga MELAYU/BUMIPUTERA masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan dan kekal sebagai bangsa yang paling miskin dan daif dinegara mereka sendiri.Inilah kegagalan yang paling ketara dan utama PERKASA semenjak ianya wujud.
"Ya, Ibrahim Ali perlu berasa malu tetapi pada dirinya untuk mempunyai mengejar orang Melayu jauh. Ini menunjukkan penolakan jumlah masyarakat daripadanya dan ia adalah juga satu amaran sebenar Umno bahawa ia tidak lagi boleh bergantung kepada helah lama untuk menipu orang Melayu," Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Disebut-sebut oleh penganjur alasan kononnya Perhimpunan Sejuta Umat, hanya mampu menarik kurang daripada 5,000 hadir di Stadium Shah Alam minggu lepas, dengan menyalahkan adanya campur tangan tangan-tangan ghaib yang tidak sebulu dan sehaluan dengan jiwa peganjur yang mendapat sokongan padu dari PERKASA.
Ibrahim Ali adalah salah satu daripada penaja awal yang tersenarai, tetapi apabila penganjur perhimpunan dapat menghidu adanya nama-nama lain seperti  Ezam Mohd Noor dan Naib Presiden PERKASA yang baru Zulkifli Noordin, mereka dengan serta-merta dinyahkan dari senarai rasmi sebagai pengajur. Betapa 'SUWEYNYA" nama-nama seperti ini dalam pandangan dan hati orang-orang MELAYU/ISLAM.
Tetapi pada masa itu ianya  sudah terlambat. Himpunan Sejuta Umat  dianggap sebagai peristiwa dan agenda politik dan apabila PAS kemudiannya mendedahkan bahawa Umno telah cuba untuk menggunakan perhimpunan sebagai platform untuk menghidupkan semula isu penggabungan atas alasan perpaduan, orang-orang  MELAYU/ISLAM yang masih mampu berfikir dan menilai terus merasakan  kewajaran dan terus menunda serta tidak melibatkan diri dengan seluruh episod yang tiada niat ikhlas serta bermotifkan politik demi survival UMNO.

Dalam perjumpaan  PERKASA semalam, Ibrahim Ali telah meluahkan rasa hiba dan kecewanya apabila beliau labelkan  bahawa orang Melayu hanya tahu bagaimana untuk meminta dan mempersoalkan beberapa "perkara" tetapi tidak banyak untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Jika orang Melayu masih terlalu pasif, mereka akan dibuli dan mengalami nasib yang sama seperti Melayu di Singapura dan Pulau Pinang, di mana mereka terpaksa tunduk dan "kowtow" dengan orang Cina.
"Tetapi apabila ada persidangan atau perhimpunan, mengapa ini, mengapa itu? Apakah pengorbanan kita? Sejauh mana  kita bersedia untuk pergi?" Tanya Ibrahim, yang sering menegaskan bahawa beliau adalah politikus "neutral".
Namun kekecewaan dengan jenama PERKASA memperjuangkan bangsa Melayu semakin hari amat nyata semakin pudar dan kekurangan. Ramai orang Melayu berasa malu dan terhina dengan sepak terajang politik yang dimainkan oleh Ibrahim Ali dengan mengangkat beliau sebagai Wira Melayu.
Apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali selama ini lebih daripada untuk membantu menjadi tukang karut dan tukang sambut segala apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir kononnya bangsa Melayu sebagai lemah,dan masih mengharapkan kebergantung kepada bantuan  kerajaan dan jika mereka tidak mendapatkannya, mereka sentiasa bersedia untuk menggunakan keganasan terhadap orang bukan Melayu. Imej Ibrahim Ali dan Tun Mahathir adalah gambaran pada dunia luar bahawa inilah pola corak pemikiran Melayu dinegara kita..MASIH NAK SOKONG PERKASA DAN UMNO?..PERKASA SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK TERUS MENYEDUT OKSIJEN DAN BERNAFAS UNTUK DUA TAHUN MENDATANG

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...