Tuesday 25 October 2011

NAJIB PEMIMPIN ROTI CANAI KOSONG!!!



Najib tak hadir, demo pro-Aziz diteruskan
Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak akan hadir ke program yang dijadualkan di universiti itu malam ini.

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

Bagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasionalBernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

PANDANGAN OMAK:-

NAJIB SAH SEORANG PEMIMPIN ROTI CANAI KOSONG...PASTIKAN MENU RESTORAN RAKYAT 1M'SIA, ROTI CANAI KOSONG DIWARTAKAN SEBAGAI ROTI NAJIB RAZAK...KALAU NAK PILIH TEMPAT MANDI.. PERTAMA TELUK, KDEUA PANTAI DAN KETIGA PERIGI... KALAU NAK PILIH PEMIMPIN MENTADBIR NEGARA... PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI DAN KETIGA BERANI....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...