Saturday 22 October 2011

MULUT LASER OMAK!!!




CALON MENANG DARI PARTI KALAH


Beberapa hari yang lalu, Omak ada terbaca mengenai rancangan Presiden MCA DS Chua Soi Lek mahu bertanding dalam PRU 13. Soalan nya di mana? Presiden MCA tidak ada tempat? Sukar di percayai dan sungguh memeranjatkan! Presiden parti Cina yang terbesar di Malaysia tidak mempunyai tempat untuk bertanding? Adakah ini nasib suey seorang yang menyifatkan diri nya seorang calon menang????

Dalam ucapannya diSeremban, Chua Soi Lek menghebohkan dirinya telah menerima tawaran dari MB Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk bertanding mana-mana kerusi di negeri-negeri tersebut. Amat memelikkan juga , tawaran-tawaran tersebut datang dari MB-MB yang belum tentu di pilih dan menang. Ahli-ahli UMNO pun sedang berhempas pulas untuk  mengusir Zambri Kadir dan Mohd Hasan. Ghani Othman sendiri pun belum tentu di pilih sebagai calon negeri Johor. 

Kalau yang membuat tawaran tersebut belum tentu lagi untung nasib mereka, adakah keyakinan mereka membuat tawaran itu mencerminkan bahawa Chua Soi Lek sebetulnya adalah seorang "winnable candidate" dari sebuah "defeatable party"?

Ucapan Chua Soi Lek di Seremban adalah amat signifikan sekali. Seremban pernah menjadi medan pertempuran antara dua orang "taiko" parti Cina. Dalam tahun 1982, Presiden MCA ketika itu Tan Sri Lee San Choon bertanding di Parlimen Seremban melawan Ahli Parlimen "incumbent" merangkap Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin. Lee San Choon menang apabila MCA dan BN berbelanja jutaan Ringgit menyogok pengundi  Seremban. 

Keadaan di Seremban 30 tahun dulu amat berlainan sekali dibandingkan dengan suasana sekarang. MCA parti yang mewakili cukong dan tauke Cina. MCA pun banyak wang bahkan mampu membiayai politik UMNO. Pengundi Melayu pun MCA beli untuk memenangkan Lee San Choon. Chua Soi Lek agaknya sedang memasang angan-angan, dia boleh mengulangi apa yang di lakukan oleh Lee San Choon.

"Senario" perlawanan antara Lee San Choon dengan Chen Man Hin pada  dekad itu, selain daripada pertempuran wang dengan semangat gigih dan jitu, Lee San Choon mewakili politik yang berwajahkan wang sementara  Chen Man Hin yang mewakili semangat juang jitu yang kental.

Ianya juga melambangkan pertandingan membuktikan siapakan mewakili dan menjuarai masyarakat Cina. Siapa taiko sebenarnya, Maka amat bertepatan sekali pada masa itu, ketua satu parti politik Cina MCA lawan ketua satu parti politik berbilang kaum tetapi berketuakan pemimpin Cina yang ahlinya majoriti kaum Cina DAP.

Pandangan Omak, Chua Soi Lek pun harus meniru jejak langkah mantan presiden parti MCA yang terdahulu. Inilah masa nya untuk beliau membuktikan "kejantanannya" sebagai "Taiko" parti Cina yang terbesar melawan Ketua Parti pimpinan Cina yang lain. Jika Chua Soi Lek benar-benar anak jantan,  dia harus berlawan sama ada dengan Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Pertembungan tersebut akan membuktikan secara muktamad dan tepat, siapakah yang berhak menobatkan dirinya mewakili suara akar umbi masyarakat Cina.

Omak menyokong penuh supaya Chua Soi Lek melawan sama ada Kit Siang atau Guan Eng menjadi kenyataan. Rakyat mahu lihat Chua Soi Lek membuktikan kejantanan nya di atas gelanggang yang berbeza. Jika dia masih berdegil dan "kepala batu" serta " besar hati", inginkan supaya dirinya sebagai Presiden MCA melawan yang setaraf jawatan dengan nya untuk menjaga "misai" dan maruah MCA, maka boleh lah beliau mencadangkan untuk berlawan dengan Pengerusi DAP- Karpal Singh.

Omak ingat ada baiknya juga jika Chua Soi Lek  berhasrat untuk bertanding diSeremban demi megulangi kemenangan dan kegemilangan silam seorang Presiden MCA dimasa lalu. Jika Chua Soi Lek sudah bertekad mahu bertanding di Seremban, ianya akan memberi peluang dan ruang untuk pengundi Seremban membuat pembetulan atas kesilapan mereka pada tahun 1982. Berilah warga Seremban peluang kali kedua.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...