Friday 21 October 2011

MESEJ JELAS DAN AMARAN KERAS UNTUK PEMIMPIN YANG ZALIM DAN PENINDAS


Arab lihat nasib Muammar Gaddafi mesej buat pemimpin lama berkuasa

October 21, 2011
Seorang pejuang anti-Muammar Gaddafi melaungkan “Allahu akbar” meraikan kematian bekas pemimpin Libya itu di Sirte semalam. — Foto Reuters
KAHERAH, 21 Okt — Nasib melanda bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi semalam, berakhir dengan kematian akibat terkena peluru di kepala selepas ditemui bersembunyi di terowong, akan memberi mesej kepada pemimpin rantau Arab yang terus bertarung mempertahankan kedudukan mereka di sebalik kebangkitan rakyat, kata beberapa rakyat Arab.
“Ini nasib seorang pemimpin yang memusnahkan kehidupan rakyatnya selama beberapa dekad dan melepaskan tembakan terhadap mereka sebelum kematianya,” kata Mohamed Beltagy, seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang berpengaruh.
“Nasib Muammar seharusnya menjadi satu pengajaran bagi pemimpin Syria Bashar al-Assad dan (Presiden) Yemen (Ali Abdullah) Saleh,” kata beliau dengan merujuk kepada dua pemimpin negara Arab yang masih berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini.
Presiden Tunisia dan Mesir merupakan pemimpin-pemimpin awal menjadi sasaran dan digulingkan dalam siri kebangkitan politik di negara-negara Arab, di mana presiden-presiden dan raja-raja memerintah sejak beberapa dekad.
Bagaimanapun pemimpin Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak di Mesir digulingkan selepas protes yang rata-rata kecil lagi singkat berbanding dengan Libya.
Rakaman saat-saat akhir Muammar menemui ajal disebarkan menerusi media massa dan Internet sebaik sahaja kematiannya diumumkan. Muammar ditangkap hidup-hidup tetap mati beberapa minit kemudian dan teori siapa melepaskan tembakan masih menjadi persoalan.
Jenazah Muammar akan dikebumikan di tempat yang dirahsiakan hari ini.
“Neraka menunggu Muammar. Saya benci sesiapa yang meraikan kematian seseorang, tetapi apa yang beliau lakukan ke atas rakyatnya sesuatu yang sungguh kejam,” kata Nancy El Kassab, seorang penerbit eksekutif televisyen Mesir.
“Kematian Muammar akan menakutkan diktator-diktator Arab seperti Bashar dan Ali, dan menjadikan pemimpin-pemimpin Arab yang lain lebih berhati-hati dengan rakyat mereka selepas mereka pulih daripada kejutan berita ini,” kata Alia Askalany, 27, seorang pengurus pemasaran Mesir.
Di Libya ramai rakyatnya melahirkan kegembiraan mereka dengan kematian Muammar yang memerintah selama 42 tahun. Kebangkitan rakyat bermula awal tahun ini.

PANDANGAN OMAK:-

PEMIMPIN BOLEH MEMERINTAH SELAMA MANA PUN ASALKAN TIDAK MENGAMALKAN RASUAH, TIDAK ZALIM DAN ADIL....PERLU BIJAK MERASAI DENYUTAN NADI DAN KEHENDAK RAKYAT...

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...