Monday 24 October 2011

MANSUHKAN ISA DAN SELAMATKAN MALAYSIA DARI KEDURJANAAN UMNO!!!!


Papan iklan Mansuh ISA seluruh Selangor


SHAH ALAM: Papan tanda iklan kempen ‘Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA akan dipasang di seluruh Selangor sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk memansuhkan akta zalim itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid berkata, papan tanda itu akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan dijangka siap selewatnya dalam tempoh dua bulan.
“Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, hari ini.
Menurut Khalid, mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri  hari ini juga meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi memasang papan tanda berkenaan di seluruh Selangor.
Katanya, ia menggunakan peruntukkan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).
Manakala projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan ini akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.
Tambah beliau, pemasangan papan iklan itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.
“Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

PANDANGAN OMAK:-
ALANG-ALANG BUAT PAPAN TANDA IKLAN KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA MANSUHKAN ISA...APA KATA OMAK CADANGKAN BUAT SEKALI MANSUHKAN UMNO DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DARI TERUS KENA KENCING....TULIS AYAT BEGINI.....ELAKKAN KUBUR KAMU KENA KENCING DENGAN MENGUBURKAN UMNO...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...