Thursday 27 October 2011

LAWAK GILER WEH!!!!!!



Malaysia Komited Perangi Rasuah dan Sokong Kerjasama Antarabangsa
KOTA KINABALU: Malaysia komited dalam memerangi rasuah di negara ini dan aktif menyokong keperluan kerjasama antarabangsa dalam memerangi ancaman itu.
Bagi tujuan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew berkata kerajaan telah menggubal undang-undang baru, seperti Akta Pelindungan Saksi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat, untuk membasmi rasuah.
Ia turut memperkenalkan Pact Integriti Kementerian Kewangan untuk perolehan kerajaan dan mewujudkan mahkamah khas rasuah bagi membicarakan mereka yang didakwa melakukan rasuah, katanya dalam ucapan pada Persidangan Negara-negara Berpihak ke Konvensyen Menentang Rasuah Bangsa-bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di Marrakech, Maghribi, yang akan berakhir pada Jumaat.
Liew berkata pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan pendekatan baru ke arah transformasi kerajaan Malaysia melalui tumpuan kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang dikenalpasti sebagai bidang utama untuk faedah rakyat dan kemajuan negara, dan ia termasuk memerangi rasuah.
Menyedari kepentingan 'Memerangi Rasuah' sebagai faktor utama dalam pembangunan negara dan untuk meningkatkan kebajikan rakyat, ia telah dijadikan sebagai satu daripada keutamaan kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), katanya.
"Satu daripada senjata utama di bawah NKRA dalam memerangi rasuah ialah ketelusan. Dengan cara itu, kerajaan menubuhkan portal MyProcurement pada 1 April, 2010 untuk memudahkan pihak-pihak berkepentingan mengakses maklumat, seperti proses perolehan dan keputusan yang berkaitan.
"Portal ini akan...tanpa ada rahsia, mendedahkan segala maklumat pemberian kontrak kerajaan melalui tender terbuka. Telah banyak yang kami lakukan untuk memerangi penyakit merbahaya itu dan kami akan terus melalukannya," katanya.
Liew berkata langkah-langkah yang diambil, pembaharuan yang dibuat dan inisiatif yang dimulakan mencerminkan komitmen kerajaan Malaysia dalam membasmi rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan positif tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, dan mengakui "ia sudah pasti mengambil masa dan kesabaran untuk melahirkan budaya sifar rasuah". - BERNAMA

PANDANGAN OMAK:-

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA.... HOHOHOHOHOHO... KAH KAH KAH KAH.. KIKIKIKIKIKIKIKIKI..HEHEHEHEHEHEHEHEHE....MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...