Monday 31 October 2011

LAWAK BANGANG LAGI MEMBANGANGKAN DARI KETUA PEMUDA WP KL!!



248,000 pengundi muda akan bersama BN
KUALA LUMPUR – Seramai 248,000 pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah di Wilayah Persekutuan dijangka bersama Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Datuk Mokhtar berkata jangkaan awal itu dapat dikesan menerusi gerak kerja turun padang yang dijalankan pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Menurutnya ‘trend’ pengundi sudah berubah dan kebanyakkannya tidak mempercayai parti pembangkang yang hanya melebihkan politik daripada membantu rakyat.

“Ini merupakan senario dan semua maklumat positf ini diperolehi menerusi pertemuan dengan pengundi - pengundi di beberapa kawasan utama di Wilayah Persekutuan,”katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Wilayah Persekutuan adalah merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Katanya apa yang diperkatakan ketua pembangkang itu sebenarnya tidak berlaku kerana rata-rata rakyat di sini sudah meluat dengan permainan politik pembangkang yang gemar menaikkan pelbagai isu sensitif terutama melibatkan agama Islam ”katanya.

Beliau ketika ditemui pada Program Taklimat Jentera Pilihanraya Pemuda BN Segambut dekat sini turut mengingatkan ahli pemuda parti komponen dapat bergerak membantu BN menjalan kerja-kerja kemasyarakatan diperingkat akar umbi.

“Saya harap semua jentera sudah bersedia dan taklimat yang diadakan pada hari ini adalah merupakan fasa pertama untuk program ini yang akan diperluas di seluruh Wilayah Persekutuan,”katanya.

Difahamkan setakat ini Wilayah Persekutuan sendiri mempunyai 300 peti undi melibatkan 13 buah parlimen.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Segambut Mahadhir Sulaiman berharap dengan adanya taklimat seperti itu pemuda BN di kawasan itu mempunyai matlamat dan seterus bekerja keras lebih keras lagi untuk memastikan kemenangan BN dikawasan itu.

“Salah satu daripada usaha kami adalah untuk memastikan gerak kerja pilihanraya akan datang berjalan lancar dengan semua parti terutama dari Umno , MCA, Gerakan dan MIC dapat bergerak seiring dalam apa jua progrzm yang diadakan selepas ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MIC Dr S.Thiru dan Ketua Pemuda MCA Dr.S.Thiru dan wakil Pemuda Gerakan Segambut. - Bernama

PANDANGAN OMAK:-

NAJIB RAZAK KATA UMNO KINI ADALAH PARTI KAMPONG DAN LUAR BANDAR....KETUA PEMUDA WP KL PULA KATA SETAKAT INI HAMPIR SUKU JUTA ANAK-ANAK MUDA PENYOKONG TEGAR UMNO/BN....YANG MANA SATU RAKYAT NAK PERCAYA NI????????......KALAU DAH SERAMAI INI ANAK-ANAK MUDA AKAN MENYOKONG UMNO/BN....OMAK CADANGKAN TAK PERLU UMNO BERSUSAH PAYAH NAK BUAT PROGRAM DAN CERAMAH BAGI TUJUAN MENAMBAT HATI MEREKA...LEPAS INI PADA PRU 13 NANTI, BOLEHLAH LETAKKAN SONGKOK TINGGI SEBAGAI CALON UMNO, SUDAH PASTI MENANG PUNYA...BUBARKAN PARLIMEN SEKARANG JUGA BAGI MENGUJI CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR PECACAI UMNO INI....NASIB BAIK PENYAKIT BANGANG BUKAN PENYAKIT KETURUNAN DAN BERJANGKIT...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...