Tuesday 25 October 2011

KERAJAAN PUSAT BELUM BAYAR PESAWAH RM110.67 JUTA.. KERAJAAN PENINDAS RAKYAT MISKIN!!!



Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ?


PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjawab isu mengenai ‘kehilangan’ RM110 juta  peruntukan untuk golongan pesawah dan petani.
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, peruntukan itu sepatutnya disalur kepada golongan terbabit bagi meningkatkan hasil padi mereka seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
“Namun, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara semalam, peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.
“Buat permulaan, kita tuntut penjelasan dari Datuk Seri Noh Omar mengenai isu ini dan jika enggan jawab, ini membuktikan kegagalan beliau sendiri, selaku menteri berkenaan dan pemimpin Umno Selangor secara keseluruhan yang mengkhianati wang rakyat khasnya petani,” tegasnya.
Beliau turut bimbang jika wang itu berkemungkinan disalur untuk tujuan selain kepentingan petani sebagaimana yang sepatutnya.
Selain menjadi menteri, bertanggungjawab, Noh Omar ialah Timbalan Pengerusi Umno Selangor dengan Pengerusinya ialah Datuk Seri Najib Razak.
Semalam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi Skim insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.
Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri  mereka.

PANDANGAN OMAK:-
PASTIKAN MISI TAWAN SEMULA SELANGOR TIDAK BERJAYA...KALAU TIDAK HABIS SEMUA KHAZANAH RAKYAT DIA AKAN SAPU .....TEKAD KEKALKAN KERAJAAN PR YANG SEDIA ADA.. KERAJAAN YANG BERHEMAT DAN BERHEMAH BERBELANJA....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...