Friday 28 October 2011

KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG MEMANG TERBAIK KURANGKAN HUTANG 95%



Kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya kurangkan 95% hutang

Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan hutang negeri yang diwarisi daripada Barisan Nasional kira-kira RM630 juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta sahaja pada bulan lalu.
Ini adalah penurunan hutang yang paling cemerlang antara semua negeri lain dengan penurunan sebanyak RM600 juta atau 95 peratus, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Beliau berkata, ia juga kejayaan besar berbanding hutang Kerajaan Persekutuan yang naik sebanyak 71 peratus atau RM190 bilion dalam tempoh masa yang sama, iaitu daripada RM266 bilion pada akhir 2008 kepada RM456  bilion pada akhir tahun ini.
“Sungguh pun pada awalnya dijangka bajet Pulau Pinang akan mengalami defisit sebanyak RM107.78 juta, kami bangga kerana bajet tersebut akan menjadi surplus atau bajet lebihan.
“Ini bermakna dalam tempoh 4 tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah, kita tidak pernah mengalami bajet defisit, sebaliknya memperolehi bajet lebihan,” katanya di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran kerajaan negeri di sini semalam.
Menurutnya, kerajaan Pakatan juga bangga dengan kenaikan rizab aset sebanyak RM1.13 bilion pada akhir 2010.
Kejayaan ini mendorong kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pelbagai program kebajikan demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Antaranya ialah:
* Pemberian RM100 setahun kepada warga emas yang melebihi 60 tahun & RM1000 sekali sahaja atauone- off kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia;
* Pemberian RM100 kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal & juga RM1,000 sekali sahaja atau one-off kepada waris ibu tunggal dan OKU yang berumur kurang daripada 60 tahun;
* Pemberian RM100 sekali sahaja atau one-off di bawah program penghargaan Anak Emas untuk kelahiran bayi mulai 1 Januari 2011; dan
* Pemberian RM1,000 sekali sahaja atau one-off kepada pelajar- pelajar IPTA emas yang datang daripada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000.
Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Puteh, pemerintahan Pakatan Rakyat yang berteraskan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) adalah merupakan faktor utama kepada kejayaan-kejayaan tersebut.
“Perbelanjaan berhemah dan strategi kewangan yang cekap dan optimal membolehkan kerajaan negeri bukan sahaja menikmati bajet lebihan tetapi juga mengurangkan hutang negeri secara besar- besaran,” katanya.
Ekoran kejayaan Pulau Pinang menjadi jaguh pelaburan Malaysia sebanyak RM12.24 bilion pada 2010, beliau menjelaskan bahawa Pulau Pinang sudah pun mendapat perhatian dunia berikutan pentadbiran yang bebas dari rasuah dan pembangunan modal insan yang mantap.
“Saya penuh yakin bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Pulau Pinang akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang meski pun terdapat keraguan terhadap pembangunan ekonomi global,” katanya.

PANDANGAN OMAK:-


YANG TERBAIK SUDAH PASTINYA PAKATAN RAKYAT...KERAJAAN UMNO/BN HANYA PANDAI MEMBINA HUTANG...SEKARANG KERAJAAN PUSAT UMNO/BN MEMBINA HUTANG RM407 BILLION... UNTUK MELANGSAIKANNYA HANYA ADA SATU CARA... TUMBANGKAN UMNO/BN DAN LETAKKAN PR MENJAGA PUTRAJA....BUKTI SUDAH ADA... KEMAMPUAN PR MEMANG TERSERLAH DALAM MENGURUS TADBIR KEWANGAN AWAM...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...