Monday 24 October 2011

KEMANA KIBLAT POLITIK HASAN ALI???????



Datuk Hasan Ali masih mengharapkan jawatan MB Selangor?????????
Akibat daripada pilihanraya umum ke-12 yang telah diadakan pada Mac 2008, Datuk Hasan Ali – yang pada waktu itu Pesuruhjaya PAS Selangor – telah mencuba mengusulkan kerajaan campuran dengan UMNO. Tetapi, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat telah menolak rancangan itu.
Sejak itu, dipercayai Datuk Hasan Ali berterusan mencuba ‘menikahkan’ kedua-dua parti Melayu terbesar itu walaupun tidak berjaya dan memberi kesan berat terhadap kerjayanya. Datuk Hasan Ali diturunkan daripada ketua negeri di kongres tahunan parti itu pada awal tahun ini, dan ramai orang-orang dalaman PAS percaya dia masih belum berputus asa dan akan mencuba membantu UMNO berjaya.
Datuk Hasan Ali ,  ADUN Gombak Setia, dipercayai ditawarkan jawatan Menteri Besar jika rancangan 2008 itu berjaya.
Sememangnya, perarakan Himpun adalah berikutan keputusan kontroversi Sultan Selangor di atas serangan JAIS-DUMC pada 13 Ogos, di mana Hasan Ali memainkan peranan utama.
Hasan Ali dengan keras mempertahankan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang dikawal UMNO itu walaupun mereka menyerbu masuk Gereja Methodis Damansara Utama kerana disyaki berlaku aktiviti pemurtadan tanpa mendapatkan apa-apa waran geledah...konklusi pandangan Omak ialah...kalau nak keluar PAS dan masuk Umno tiada siapa yang terkejut...kalau perjuangan asyik melawan arus parti lebih baik tinggalkan PAS dan masuk terus Umno... insiden terbaru berada sama di Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam yang tidak direstui pimpinan tertinggi parti...kononnya kehadiran atas kapasiti peribadi...SEKILAS IKAN DIAIR SUDAH OMAK TAU JANTAN BETINANYA

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...