Thursday 20 October 2011

KEADILAN BUKAN SAJA MESTI DILAKSANAKAN TETAPI DILIHAT MESTI DILAKSANAKAN




KEADILAN tuntut anggota polis tembak remaja diambil tindakan


KUALA LUMPUR 19 Okt: KEADILAN menuntut supaya anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan mati tiga remaja di Glenmarie, Shah Alam, November tahun lalu dibawa ke muka pengadilan.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran berkata demikian mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di parlimen 17 Oktober lalu.
Hishamuddin dalam jawapannya berkata,  polis bertindak mengikut undang-undang dalam kes melibatkan mangsa, Muhamad Syamil Hafiz, 15 Mohd Hairul Nizam Tuah, 20 dan Muhamad Hanafi Omar, 22.
“Dakwaan bahawa polis bertindak betul dalam kes ini adalah sama sekali bercanggah dengan laporan bedah siasat ke atas tiga mangsa berkenaan. Laporan bedah siasat menunjukkan peluru yang menembus tubuh mangsa dari sudut 45 darjah.
“Ini menunjukkan mangsa berada dalam posisi melutut apabila ditembak oleh polis, sama sekali bertentangan dengan versi polis bahawa mereka menerpa polis dengan parang sebelum ditembak,” kata Nurul Izzah dan N Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut mereka, Muhamad Syamil dan Mohd Hairul ditembak di bahagian kepala dan dada manakala Hanafi pula ditembak dua kali di kepala dan dada.
“Mengapa bukan percubaan untuk mencederakan dan menangkap mereka? Mengapa mereka ditembak berkali-kali di kawasan amat penting seperti kepala dan dada? Ini menunjukkan polis menembak untuk membunuh, daripada melemahkan mangsa,” ujarnya.
Mereka juga mempersoalkan kesan lebam di mata Hairul Nizam berdasarkan laporan ahli patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
“Dengan tidak munasabah, menteri dalam negeri juga berkata kes telah disiasat bagi cubaan membunuh di bawah kanun keseksaan S 307, walaupun mangsa semua meninggal dunia.
“Berdasarkan fakta-fakta dan bukti forensik, tidak dapat dinafikan menteri dalam negeri sengaja mengelirukan dewan rakyat,” katanya yang menambah kenyataan  Hishamuddin itu menunjukkan beliau gagal melindungi dan membantu orang awam.
“Bagi pihak keluarga-keluarga mangsa, kita mengulangi kami melakukan pendakwaan undang-undang terhadap anggota terbabit dalam pembunuhan ini,” tegasnya.

PANDANGAN OMAK:-


KEADILAN BUKAN SAJA MESTI DILAKSANAKAN TETAPI MESTI JUGA DILIHAT IANYA DILAKSANAKAN DAN DIRASAI DILAKSANAKAN.....SEMOGA MOTO DAN AKU JANJI PDRM TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH BUKAN JANJI DAN MOTO OMONG-OMONG KOSONG...CAKAP BIAR SERUPA BIKIN...JANJI BIAR PASTI DILUNASKAN.....RAKYAT TIDAK MAU INSTITUSI PDRM DIPANDANG RENDAH DAN DIJADIKAN BAHAN CEMUHAN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...