Thursday 20 October 2011

HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN DENGAN TERJAH!!!!!!!!




Saya ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari, cukup rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau. Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akedemik yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau, dan jika mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.
Sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz Bari beliau berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.
Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.
Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.
Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel. Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.
Kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.
Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”.
Justeru itu, semua pihak diseru dan disarankan supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Semua pihak hendaklah juga akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.
Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...