Saturday 29 October 2011

BILA NAK DEKAT PRU 13 BARULAH PEMUDA UMNO NAK DEKATI RAKYAT KELANTAN!!!



PRU-13: Pemuda Umno pimpin kempen dekati rakyat, rampas Kelantan


Che Othman Che Wil (kiri) bersama Mohamad Zaiden Abdul Rahim (tengah) dan ahli jawatankuasa Unit Media Baru Pemuda Umno Eizwan Abdullah ketika ditemui di Kota Baru.
KOTA BARU, 29 Okt — Pemuda Umno mengetuai kempen untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS dengan ceramah-ceramah mingguan, pameran perumahan dan kerjaya dan kunjungan berterusan untuk menyenarai dan mengumpulkan kekecewaan ke atas parti Islam itu yang telah memimpin selama dua dekad.
Kempen yang dinamakan “gelombang merah gelombang rakyat” ini juga menggunakan cara yang berbeza untuk mendekati para pengundi yang berpotensi seperti penggunaan dokumentari dalam bentuk CD dan persembahan dikir barat untuk mengkritik pentadbiran PAS, yang diketuai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Pemimpin-pemimpin 12 daripada 14 bahagian di Kelantan berumur 50 tahun ke bawah. Kempen untuk menang balik Kelantan diketuai oleh orang muda, pemimpin-pemimpin akar umbi yang bekerja keras.
“Kami adalah pihak yang anda kemungkinan tidak dengar langsung, tetapi kami bekerja sepanjang masa untuk mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan PAS,” kata Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa Che Othman Che Wil kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual minggu ini.
Pemimpin berusia 50 tahun ini percaya masalah dihadapi Kelantan adalah kurangnya pembangunan dan PAS harus dipersalahkan atas situasi ini.
“Kerajaan PAS di Kelantan sudah selesa. Kami ada banyak isu berkaitan pembangunan setempat. Kami satu-satunya negeri di negara ini mempunyai lebihan air tetapi kurang air bersih.
“Tidak ada peluang pekerjaan, kerajaan negeri tidak membantu perniagaan, menyebabkan rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain,” katanya lagi.
Setiausaha Kerja Umno negeri Mohamad Zaiden Abdul Rahim memberitahu The Malaysian Insider, partinya telah mengadakan pameran perumahan dan kerjaya di pejabat parti peringkat di Kota Baru dan kunjungan adalah mengagumkan.
“Kami pergi ke lapangan, tidak seperti wakil rakyat PAS yang tidak berbuat demikian. Kami menawarkan rakyat Kelantan pelbagai bentuk bantuan menerusi agensi-agensi persekutuan, menjangkaui kerajaan negeri, agar rakyat tahu bahawa mereka tidak memerlukan kerajaan negeri untuk membantu mereka, kami boleh menawarkan lebih banyak... kami boleh menawarkan pembangunan.
“Kami ada 2,000 pemuda yang bermotosikal memasuki kubu kuat PAS, memberitahu rakyat dalam bahasa yang mudah bahawa mengundi PAS bermakna melangkah ke belakang... mengundi Umno, mengundi untuk kemajuan. Kami tidak menjanjikan perkara-perkara yang kami tidak boleh tunaikan,” kata Mohamad Zaiden.
Internet juga menjadi perantara utama bagi Pemuda Umno Kelantan dalam kempennya dengan berpuluh-puluh blog dan laman web dibangunkan oleh kumpulan ‘panglima-panglima sibernya’ untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan, pimpinan PAS sejak 1990.
“Kami (sebenarnya) tidak menghargai keberkesanan Internet ketika pilihan raya umum lalu, tetapi kami sudah belajar sekarang.
“Hari ini, jika kerajaan Kelantan melakukan satu kesilapan, dalam beberapa jam sahaja ia akan diposkan dalam ratusan blog,” kata ahli jawatankuasa Unit Media Baru sayap pemuda Eizwan Abdullah.
Umno hanya mampu memproleh enam daripada 45 kerusi negeri di Kelantan pada Mac 2008. Tetapi ia merampas kerusi Galas ketika pilihan raya kecil akhir tahun lalu dengan 82 peratus keluar mengundi. Penganalisis menyifatkan kemenangan itu disebabkan oleh pengundi kali pertama.
“Ia satu usaha yang menyaksikan kemajuan, tetapi kami yakin bahawa masa untuk Umno di Kelantan sudah tiba. Jika Umno boleh menang ia akan menjadi titik tolak besar bagi  Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri lain,” tambah Che Othman.
The Malaysian Insider difahamkan Umno dan BN meletakkan harapan ke atas Datuk Seri Mustapha Mohamed untuk sekali lagi mengetuai perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13 sebagai bakal menteri besar meskipun beliau tidak sepopular berbanding Nik Aziz.
Pemimpin-pemimpin PAS bimbang mengenai isu pengganti kepimpinan di negeri itu memandangkan Nik Aziz akan mencecah 80 tahun, tetapi bakal penggantinya belum kelihatan.
Sebelum ini ada dakwaan wujud pergolakan kuasa tetapi PAS berjaya mengekang khabar angin itu dengan mendisiplinkan ahli dan pemimpinnya.
Difahamkan kebanyakan calon Umno pada pilihan raya umum ke-13 adalah kalangan muda - sebahagian daripada strategi BN untuk memperlihatkan pembaharuan dan meletakkan golongan muda melawan pemimpin-pemimpin berusia dalam PAS.

PANDANGAN OMAK:-
TAHUN 2008 PEMUDA UMNO NAK TAWAN KELANTAN GUNAKAN SLOGAN " 18 TAHUN PADAN DOH"..AKHIRNYA UMNO/BN YANG PADAN MUKA!!!!!!!!....KALI INI GUNA KAEDAH DIKIR BARAT DENGAN SLOGAN GELOMBANG MERAH GELOMBANG RAKYAT...NAMPAK SANGAT PEMUDA UMNO DAH KETANDUSAN IDEA NAK TAWAN KELANTAN...BUKANKAH IBRAHIM ALI DAH BERKATA.. KALAU NAK MENANG PRU 13 INI PERLUKAN SOKONGAN PERKASA...JADI BUAT APA NAK SUSAH-SUSAH BERDIKIR BARAT...JOINT VENTURE DENGAN PERKASA SUDAH MEMADAI....UMNO MEMANG SUKA BUAT KERJA KARUT DAN TAK MASUK AKAL... RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...